Maxcare
success sdn bhd

                    Maxcare Success Sdn Bhd , kini pada tahun ke-26, kami berdiri teguh dan terus maju di dalam industri minyak pelincir automotif di Malaysia. Sebagai sebuah syarikat yang mempunyai minda global, Maxcare terus berusaha dan bersaing secara sihat unutk menjadi antara pembekal terbesar produk automotif di Malaysia mahupun diluar negara. Perubahan demi perubahan, kami memperbaiki dan menaiktaraf mutu dan kualiti produk agar ia menepati keperluan dan permintaan pengguna di Malaysia. 

Bermulanya pada tahun 1992 dengan pembentukan Maxcare Marketing Sdn Bhd. Pada awal 1992,  kami memulakan langkah dengan menyertai pasaran dinamik dan progresif Malaysia dengan mengimport produk-produk berkualiti dari USA dan menyesuaikan dengan permintaan dan keperluan pengguna di Malaysia.  Maxcare Marketing Sdn Bhd mengeluarkan produk yang merangkumi produk kesihatan; IMMUNOCAL , kecantikan; SWISS BEAUTY CLUB dan beberapa produk lain sebelum fokus sepenuhnya kepada produk minyak enjin MAXOIL yang  sehingga kini menjadi pilihan kebanyakan pengguna kenderaan di Malaysia.

Lebih daripada sekadar pengubahsuaian, dengan warna tema logo produk terbaik Maxcare; merah dan biru dan hitam yang tersendiri, merangkumi jenama MAXOIL – produk inovatif, kualiti terbaik, perkongsian yang berjaya dibina atas kepercayaan, dan menjaga pelanggan kami.

 Melalui gabungan pengalaman dan kepakaran pengurusan dan kakitangan kami yang sangat mahir dan bermotivasi, dan asas kukuh kami dalam industri minyak & gas, kami berdedikasi dan bersemangat dengan visi kami untuk menjadi penyedia utama penyelesaian pelanggan dalam sektor minyak dan perniagaan bersekutunya.

Melalui gabungan pengalaman dan kepakaran pengurusan dan kakitangan serta para pengedar kami yang sangat mahir dan bermotivasi, kami berdedikasi dan bersemangat dengan visi kami untuk menjadi penyedia dan pembekal utama produk minyak pelincir yang berkualiti di Malaysia. 

misi

Pelincir Prestasi Pilihan untuk Kualiti dan Nilai

sejak

visi

Memberi perkhidmatan mesra pengguna, cekap menyediakan produk pilihan pengguna yang terbukti berkualiti dan bernilai untuk setiap ringgit dibelanjakan

Pengedar di seluruh negara
Close Menu
×
×

Cart