Majlis 25th Anniversary Maxoil telah diadakan pada 18 November 2017 bertempat di Dewan Satria, Dorsett Putrajaya. Majlis diadakan bagi memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada warga MAXOIL diatas pencampaian yang membanggakan dan kecermelangan yang telah dicapai oleh para Stokis dan Leader. Terima Kasih kepada yang menjayakan, tidak dilupakan MC majlis, Ahmad Ezani Mohd Isha atau lebih dikenali sebagai Jei Superkarat, adik-adik dari Maahaf Tahfiz Al-Falahiyyah dan Runah Bakti Al-Kausar yang memeriahkan majlis malam tersebut.

 

Majlis yang penuh gilang-gemilang ini telah disempurnakan Tn Presiden MCS, Tn Hj Hamid Ba’adizaman dan Timbalan Presiden, Pn Hjh Noral Akmal Hj Mohamd dan turut dihadiri oleh Pengarah Urusan En M.Syafiq Aisyamuddin Hj Abdul Hamid dan Mohd Muqaffa Amynn Hj Abdul Hamid. Majlis dumulakan dengan bacaan doa oleh Ust Hariz bin Zulkifli Alhafiz, seterusnya persembahan oleh kumpulan Qasidah Raudathul Falahiyyah dari Maahaf Tahfiz Al-Falahiyyah.

Majlis turut diserikan dengan tayangan montaj imbasan dari tahun 1992 hingga kini yang memaparkan segala aktiviti dan kejayaan Maxcare dan Maxoil. Persembahan nyanyian dan deklamasi sajak dari staff Maxoil dan SD Cik Zainab Muda bersama DD Tn Hakim Fahmi turut memeriahkan majlis pada malam itu.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Stokis Cemerlang dan Penerima anugerah Kreatif dan Inovatif serta penerima anugerah Penghargaan Maxoil.

Close Menu
×
×

Cart